Saturday, November 14, 2015

Teater Muzikal Mak Cun - Mok Cun Teater

Mak Cun satu fenomena baru dalam dunia seni tanah air. Bermula daripada telefilem Spain Uoolss, dibawa kesinambungannya dalam drama bersiri Ajaibnya Cinta, kemudian dengan sekuel berjudul 'Mak Cun' kini ke pentas teater. 


Teater muzikal Mak Cun yang akan mula dipentaskan di Panggung Sari, Istana Budaya dari 14 November 2015 hingga 22 November 2015 ini dibintangi oleh barisan pelakon yang handal di layar dan sudah tentu di teater iaitu Datuk Haji Rahim Razali, Datin Seri Umie Aida, Nora Danish, Balqis Samundur Khan, Ungku Ismail Aziz, Dafi Betty Rahmad serta Erma Fatima sendiri.

13 November 2015, merupakan Malam Gala Teater Muzikal Mak Cun. 

Watak Erma Fatima sebagai Mok Cun, Balkisyh Semundur Khan sebagai Atul memainkan impak yang terbaik dalam teater ini. Tak kurang hebatnya gandingan bersama Datuk Haji Rahim Razali serta pelakon yang memiliki 2.6juta followers di instagram yang pasti dinantikan peminat. Watak Nora Danish walaupun beberapa kali sahaja muncul dalam Teater Muzikal Mak Cun ini namun wataknya masih lagi mampu membangkitkan gelak ketawa yang hangat di dalam pentas panggung Istana Budaya ini apabila Aton membawa pulang teman lelaki "Mat Saleh" ke kampung!

Watak tambahan baru yang dipanggil khas untuk Teater Muzikal, Ungku Ismail Aziz yang sekarang lebih dikenali di dalam slot "Travelling Beruang" membawa watak Haidar dan lakonannya amat memuaskan hati dan membuat penonton tidak kering gusi apatah lagi bergandingan dengan Atul dan kemudian Zeenat Manisah yang mana bertukar selera dari Pak Akob kepada Haidar dan cuba merebut hati jejaka yang digelarnya Abang Sado itu.

Penampilan terakhir khas di hujung cerita pasti mengejutkan dengan kehadiran Fauziah Ahmad Daud atau lebih dikenali sebagai Ogy Ahmad Daud yang membawa watak Combi.

Persoalannya, adakah Mak Cun bersetuju untuk menerima Justin, teman lelaki mat salleh Aton?
Haidar akan memilih Atul atau Zeenat Manisah?
Apakah yang akan dilakukan Combi di akhir teater ini?

Anda perlu menonton dan saksikan sendiri #trendmokcun yang akan membuatkan anda menyesal sekiranya terlepas menonton "Mak Cun" di dalam Teater Muzikal ini.
Tiket bermula dari RM36, RM76, RM86,RM106, RM156 & RM256.






No comments :

Post a Comment