Wednesday, September 11, 2013

Penyakit HMFD @ Penyakit Kaki,Tangan Dan Mulut


Penyakit HMFD atau lebih dikenali sebagai Penyakit Kaki,Tangan Dan Mulutsejenis jangkitan virus yang disebabkan oleh beberapa kumpulan virus termasuklah enterovirus.


Antara tanda-tandanya adalah anak anda akan mengalami demam panas. Dia juga akan sering menangis. Air liurnya meleleh dan dia tidak berselera untuk makan mahupun minum.

Keadaan tersebut merupakan gejala-gejala biasa bagi anak yang mahu tumbuh gigi dan juga jangkitan telinga. Bagaimanapun, salah satu daripada simptom ini yang biasanya kita sering terlepas pandang iaitu, ulser mulut yang juga merupakan antara TANDA UTAMA bagi penyakit tangan, kaki dan mulut (HFMD).


Jangkitan ini akan menyebabkan timbulnya ruam berserta lepuh di tekak, tonsil, tangan (tapak tangan), kaki (pada tapak kaki) dan di sekitar kawasan lampin. Biasanya penyakit ini hanya sekadar sakit ringan dan akan hilang dalam tempoh lima hingga tujuh hari.


HFMD merupakan penyakit berjangkit sederhana. Ia merebak melalui sentuhan langsung dengan lelehan yang keluar daripada hidung dan tekak atau najis mereka yang telah dijangkiti kuman ini. Penyakit ini amat mudah berjangkit pada minggu pertama pesakit menghidapinya. Ia tidak boleh merebak kepada atau daripada binatang.


Tempoh pengeraman
Selepas seseorang itu dijangkiti kuman virus ini, tempoh pengeramannya adalah di antara dua hingga enam hari. Gejala seperti demam dan ketidakselesaan pada mulut biasanya akan hilang pada hari ketiga atau keempat manakala ulser mulut akan hilang pada hari kelima hingga ketujuh. Akan tetapi lepuh dan bintik-bintik merah di tangan, kaki hanya akan hilang dalam tempoh 10 hari.


Gejala-gejala

  • Demam berkemungkinan mencapai panas sehingga 39oC
  • Sakit tekak
  • Ulser pada tekak dan mulut
  • Sakit kepala
  • Ruam bersama lepuh terdapat di tangan, kaki dan di kawasan lampin.
  • Anak anda tidak membuang air kecil lebih lapan jam
  • Anak anda kelihatan kusut, mengantuk, pucat atau berbelak-belak, resah atau meragam dan tidak dapat tidur atau berpeluh dingin.
  • Demam lebih tiga hari
  • Sakit mulut semakin teruk
  • Anak anda mengalami lemah otot kaki dan tangan atau diserang sawan.




Faktor-faktor risiko

Penyakit HFMD ini boleh menjangkiti mana-mana kanak-kanak dan di mana saja tanpa mengira kawasan. Kanak-kanak yang berumur di bawah 5 tahun amat mudah terkena penyakit ini dan tidak menolak sebarang kemungkinan, yang ianya juga boleh menjangkiti sesiapa sahaja tanpa mengira peringkat usia.

Penyakit ini juga biasanya menjangkiti kanak-kanak yang berumur di antara dua minggu hingga tiga tahun (2 minggu - 3 tahun). Ini kerana golongan ini mempunyai daya ketahanan badan yang lemah dan mudah dijangkiti berbanding orang dewasa. Bagaimanapun, ini tidak bermakna orang dewasa tidak berkemungkinan untuk di jangkiti HFMD apatah lagi jika mereka mempunyai sistem imun yang tidak kuat.

Kebanyakan kes HFMD adalah ringan dan sembuh sepenuhnya dalam masa lima ke tujuh hari. Malangnya, sehingga hari ini kita tidak boleh menjangka siapa yang boleh sembuh dan siapa yang akan mengalami komplikasi yang menjurus kepada kematian. Hubungi doktor sekiranya:

Jika seseorang kanak-kanak ada menunjukkan simptom seperti di atas, dapatkan rawatan doktor segera. Jangan leka. Kerana kelewatan untuk mendapatkan rawatan secepat mungkin boleh menyebabkan kematian.

*P/S: Penyakit HFMD ini masih lagi tiada vaksin bagi mengubati namun seperti di sarankan doktor di kala anak saya terkena penyakit ini.. perlu kuarantinkan anak 12 hari di dalam rumah, jaga kebersihan mandi anak seperti biasa, baju anak yang dijangkiti asingkan pembasuhannya kerana khuatir akan menjangkiti orang lain, meletakkan "oral aid" di setiap kawasan melepuh sekiranya anak masih di awal peringkat terkena penyakit ini di mana ia baru sahaja di dalam tempoh pengeraman. Ada yang memberi solution pada saya memberi ais krim vanila bagi anak yang terkena kerana ia meredakan sedikit ketidakselesaan di dalam mulut mereka kerana ulser.

 ORAL AID (boleh didapati di farmasi)

Please alert kalau ada any simptoms. :)

No comments :

Post a Comment