Monday, November 5, 2012

PUREEN MOMMIES



Hye semua…So,entry kali ni Sofea nak tunjuk produk2 yang sofea guna. Specially panduan untuk para ibu baru.. So, Sofea akan terangkan each produk yang gambarnya tertera kat bawah ni. Sofea suggestkan produk-produk ni memandangkan sofea dah guna dan ianya berkesan dan juga mengikut kemampuan Sofea. Items kat bawah ni semua affordable. Not too expensive but still kualitinya baik. So, take a look and review and judge based on yourself. To me, semua ni membantu Sofea.
SOMETHING TO SHARE~ (^_^)

Firstly, PUREEN MATERNITY TOOTHPASTE



Sofea ada allergy morning sickness yang teruk. So, all type of fluoride toothpaste buat Sofea lagi loya. Tu reason pertama Sofea beli sebab most of toothpaste ada kandungan fluoride. Tapi product Ubat gigi mengandungi tiga kali ganda calcium dan phosphate, tambahan 8% xylitol dan 2.1% Sarcosinate.Yang baik nya tentang produk ni selain daripada membantu menangani sickness Sofea tu ialah :
Firstly, tiada fluorida sebab kandungan fluoride ni boleh merosakkan sel pembentuk enamel gigi atau dikenali sebagai fluorosis gigi. Gigi demikian mempunyai kesan pelunturan warna yang nyata, kesan putih legap, keperangan atau hitam. Menelan fluorida yang berlebihan boleh menyebabkan muntah, kekejangan perut dan loya kerana ia bercampur dengan jus gastrik untuk merengsakan perut dan usus. Keracunan fluorida yang kronik boleh mengakibatkan fluorosis tulang. Gejala fluorosis tulang adalah sakit sendi, kekejangan, pergerakan yang terhad dan jika terlalu teruk boleh menyebabkan kecacatan.
Kedua,  ia tiada kandungan  Lauril Sulfat. Sodium lauril sulfat merupakan bahan cuci dan penggalak buih yang terkandung dalam ubat gigi biasa. Ia boleh mengakibatkan ulser mulut kerana ia mengeringkan membran berlendir yang melindungi mulut.Ubat gigi yang tiada bahan ini sesuai untuk mereka yang bermulut kering. Mulut kering boleh disebabkan oelh tekanan, pengambilan ubat dan kekurangan vitamin. Gejala mulut kering termasuklah gusi berdarah dan sakit, bibir merekah dan nafas berbau.
Ketiga, Sakarin. Sakarin disentesis daripada tar batu arang. Ia menyebabkan kanser pundi pada tikus jantan. US Evironmental Protection Agency menganggapnya sebagai karsinogen. Ia boleh menyerap masuk ke dalam plasenta dan mempengaruhi fetus.
So, kita nak yang terbaik untuk bayi choose this. Boleh guna masa mengandung dan menyusukan anak. Selamat dan sihat. J . Harga dalam RM7.90 satu tiub.

Second, PUREEN STRECH MARK LOTION

Product ni ada triple action formula.
1st, Cocoa butter, shea butter, almond oil, dan rose hip seed oil. >> Berfungsi untuk  melembapkan kulit dan melegakan kegatalan
2nd, Collagen dan elastin. >> Berfungsi untuk menegangkan kulit dan mengekalkannya.
3rd, Vitamin E.>> Untuk perlindungan anti oksida.
Product ni bagus, tapi to assure to all moms. Guna dari awal kehamilan. Sebab bila pakai lepas bersalin kesannya lmbt skit memandangkan perut dah pun merenggang. Macam saya. Hihi.


Harga RM30.80

Third, PUREEN MADAME MATERNITY PADS.



Pad ni permukaannya lembut. Kalau lepas bersalin normal, dan jahitan EPISIOTOMI anda sangat banyak dan sakit. I assure guna pad ni. Sebab dia tak macam pad biaza yang ada tepi yang kadang-kadang kita rasa tajam tu. Ada 10’s dan 20’s. Harga yang 20’s around RM12.


Fourth, PUREEN MANUAL BREAST PUMP.

Ni sofea baru guna. Memandangkan nanti nak bekerja. Nak  beli yang elektrik jauh dari kemampuan. Dengan nak beli pampers anak lagi. HIHI. FYI, PUREEN MANUAL BREAST PUMP NI ADA DUA.  Sofea beli yang PUREEN MANUAL BREAST PUMP.

Ni PUREEN basic MANUAL BREAST PUMP Harga dalam RM17.90


Ni PUREEN MANUAL BREAST PUMP Harga dalam RM54 macam tu.




Fifth, PUREEN premium breastmilk bottle storage 4oz.




Ada 3pcs, 4Oz, and of course BPA Free. Harganya pun sangat-sangat affordable. That is RM19.90

Sixth, PUREEN bottle brush cleaner.

Selalunya beli yang ada sponge kat bawah tu lama-lama mesti tertanggal atau pecah-pecah. So, PUREEN punya ni memang berbaloi.  Lengkungan berus bawah tu jadi pengganti sponge. Bagus kan.



RM9.90

Seventh, PUREEN NOSE CLEANER

Susah hati bila anak selsema. Nak suruh hembus tak reti. Kecil lagi. Ha, ni optionnya. Sedut mucus pakai ni. Senang je.

Harga RM4.90

No comments :

Post a Comment