Wednesday, November 9, 2011

Keluhan…setiap hari pasti ada keluhan..apapun seperti serba tidak kena…aku penat dengar keluhan diri sendiri..setiap hari benda yang sama..apatah lagi orang lain..oleh itu, aku mengambil keputusan. Jangan berbicara..biarkan aku dengan keluhanku sendiri..kadangkala terasa sepi dan seolah aku hilang arah…sedangkan sentiasa ada insan-insan yang tersayang menemaniku disisi..namun,aku rasa sudah cukup membebankan mereka ini..biarlah dikala ini aku sendiri..melayani kata hati, ku coretkan dalam nukilanku sendiri..pada aku..boleh jadi satu terapi..supaya sedikit-sebanyak dapat mengurangkan tekanan kotak fikiranku..hidup aku kebelakangan ini..seolah banyak dugaan..dan aku semakin hari tidak mampu untuk berdiri dengan kuat dan teguh lagi..Oh Tuhan,berikan lah aku kekuatan supaya aku dapat mengharungi segala ujian-Mu..aku seakan hilang arah disetiap langkahku…mahu sahaja kalau ikutkan hati hentikan semua ini bersama hela nafasku.biar terhenti semua ini kerana aku tidak sanggup..namun,ada suatu ayat yang sering ku dengar..”Kalau kita selalu kena uji, Tuhan tu saying kita dan Tuhan menguji mengikut kekuatan dan kemampuan kita”..Oh Tuhan, jika benar itu,aku kentalkan hati ku..mahupun aku tidak berdaya..Itulah yang setiap hari ku bisikkan dalam hati..supaya aku tabah melalui hari-hari yang bakal mendatang..~

Hak Cipta Terpelihara : Sofea

No comments :

Post a Comment